fbpx

Lagi klinik desa terbakar di Sabak Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Klinik Desa Kampung Batu 4 hangus dalam kebakaran di Jalan Sekolah, Sepintas, hari ini.

SABAK BERNAM – Suasana di Kampung Batu 4 di Jalan Sekolah, Sepintas di sini, gempar apabila sebuah klinik desa di kawasan itu musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Kebakaran kira-kira pukul 5 petang itu merupakan kejadian kedua selepas kemusnahan Klinik Kesihatan Parit Baru, Sungai Air Tawar pada 12 September lalu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.08 petang.

“Pemeriksaan mendapati api sedang marak memusnahkan bangunan klinik berstruktur kayu tersebut.

“Namun, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pukul 5.46 petang,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Jelas Norazam, ketika kejadian seorang wanita yang juga kakitangan klinik berusia lingkungan 30-an berada di premis tersebut.

“Dia bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Tambah Norazam, punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI