fbpx

Hospital swasta diseru sertai program Hospital Mesra Ibadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Azmi bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Hospital Mesra Ibadah (HMI) Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Putrajaya hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan terus menggalakkan penyertaan hospital swasta dalam program Hospital Mesra Ibadah (HMI) di mana ketika ini penyertaannya dilihat sebagai kurang memberangsangkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, setakat ini pembabitan hanya bersifat secara sukarela kerana kerajaan tidak mahu memberikan beban kepada operator swasta.

“Jika boleh, saya teruja mahu lihat kesemua hospital swasta di Malaysia terima akreditasi MHI daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen HMI Tahun 2022 di sini tadi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil pengiktirafan HMI kepada 10 buah hospital di bawah kementerian tersebut yang turut disaksikan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Mengulas lanjut, Noor Azmi berkata, sebagai usaha menambah lebih banyak hospital swasta yang ditauliahkan HMI, kriteria piawaian seragam akan diwujudkan Jabatan Standard Malaysia.

“Apabila siap kelak, standard yang diselaraskan ini akan jadi model HMI kepada seluruh dunia kerana ia agak berbeza daripada konsep kelaziman disebut hospital patuh syariah,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap pihak Kementerian Kewangan akan dapat memberikan peruntukan lebih kepada semua 146 hospital awam bagi membolehkan HMI dilaksanakan lebih menyeluruh.

Noor Azmi memberi contoh ketika ini, hanya 55 hospital kerajaan ditempatkan pegawai Jakim kerana kekangan dana walhal pesakit memerlukan perkhidmatan kerohanian diterapkan HMI.

Situasi itu dibimbangi boleh merugikan umat Islam ketika menerima rawatan di hospital kerana pendekatan HMI terbukti berjaya membimbing pesakit untuk lebih bertaqwa kepada Allah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI