fbpx

Bapa mentua Adi Putra meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADI Putra memaklumkan bapa kepada isterinya, Aida Yusof iaitu Yusof Deraman menghembuskan nafas terakhir petang semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Adi Putra memaklumkan bapa kepada isterinya, Aida Yusof iaitu Yusof Deraman meninggal dunia semalam.

Berita duka tersebut dikongsikan Adi atau Mohamed Hadi Putra Halim, 41, menerusi hantaran Instagramnya.

Menurut Adi, allahyarham bapa mentuanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang semalam.

“Assalamualaikum. Ayahanda kepada isteri saya, Almarhum Yusof Deraman telah pulang ke rahmatullah pada hari ini (semalam), 20 September pukul 2.30 petang.

“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dihimpunkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, aktor filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak berkongsi tentang punca kematian dan perincian lanjut tentang perkara tersebut.

Dalam ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat menzahirkan ucapan takziah atas kehilangan Adi dan isterinya.

“Salam takziah. Semoha Allah permudahkan semua urusan,” titip pelakon Adam Shahz.

“Al-Fatihah dibaca. Salam takziah daripada Pablo sekeluarga,” komen pelakon Pablo Amirul.

Untuk rekod, Adi mendirikan rumah tangga bersama Aida atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof pada 14 April 2006, namun berpisah pada 2017.

Pasangan itu kemudian bernikah semula pada 18 Januari 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI