fbpx

Tindakan Pihak Berkuasa Palestin berkas anggota Hamas cetus pertempuran di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Palestin di Nablus, Tebing Barat hari ini. - AFP

NABLUS, Tebing Barat – Satu operasi yang jarang dilakukan oleh pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menangkap seorang anggota kumpulan Hamas mencetuskan pertempuran di bandar Nablus dalam wilayah Tebing Barat hari ini, kata beberapa sumber.

Terdapat laporan bahawa seorang individu yang kebetulan berada di lokasi kejadian, Firas Yaish, 53, terbunuh akibat terkena peluru sesat tetapi kementerian kesihatan Palestin belum mengesahkan kematian itu. Kenyataan menerusi laman Twitter, dipercayai daripada sepupu Firas, Kawther menyatakan bahawa dia berkabung atas kematian mangsa.

Pergolakan berterusan sepanjang pagi tadi, dengan beratus-ratus pemuda membaling batu ke arah kenderaan perisai PA dan bunyi tembakan kedengaran di pusat bandar Nablus, lapor wartawan agensi berita AFP.

Hamas merupakan seteru sejak sekian lama kepada pergerakan Fatah yang menguasai PA. Hamas mengutuk penahanan Musaab Shtayyeh, 30, dan menyebutnya sebagai ‘penculikan, jenayah negara dan noda’ pada imej PA.

Hamas menuntut supaya Musaab serta seorang lagi yang diberkas, Ameed Tbaileh, dibebaskan segera dan mengecam PA kerana mengadakan kerjasama keselamatan dengan Rejim Zionis.

“PA meletakkan dirinya sebagai tali barut eksklusif kepada pendudukan (Israel) dalam menghadapi rakyat Palestin,” kata kenyataan Hamas.

Walaupun pasukan tentera Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengekalkan hubungan keselamatan dengan Israel yang menjajah Tebing Barat sejak 1967, serbuan PA menyasarkan anggota Hamas bukan sesuatu yang biasa.

Fatah dan Hamas telah melakukan pelbagai usaha untuk berdamai sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi hubungan kedua-duanya kekal tegang. Hamas telah mengawal Genting Gaza sejak 2007, apabila ia mengusir tentera PA dari wilayah pesisir pantai tersebut. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI