fbpx

Pahang catat RM33.8 juta kerugian babitkan kes jenayah komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBALAN Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff (dua dari kiri) ketika hadir menyempurnakan majlis Perhimpunan Bulanan 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di Kuantan hari ini

KUANTAN – Sebanyak RM33.8 juta kerugian membabitkan kes jenayah komersial direkodkan di Pahang dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos lalu dengan kes tipu menjadi penyumbang utama membabitkan 1,334 kertas siasatan dibuka.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff berkata, bagaimanapun jumlah berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak RM1.7 juta berbanding yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak RM35.6 juta.

“Tahun ini Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan kerana mencapai kejayaan melepasi sasaran tangkapan ditetapkan JSJK Bukit Aman iaitu 150 tangkapan apabila melakukan 154 tangkapan.

“JSJK Pahang juga berjaya mencapai kadar pertuduhan yang ditetapkan iaitu 40 peratus apabila mencapai 47.38 peratus serta menduduki tempat keempat antara kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada Perhimpunan Bulanan 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik pula, sebanyak 14,674 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang tempoh itu berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 9,013 kes.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 250 kes kemalangan maut membabitkan 294 kematian direkodkan berbanding 181 kes membabitkan 195 kematian berbanding tempoh sama tahun lalu sekali gus

“Daripada jumlah itu juga, ia menunjukkan peningkatan 69 kes kemalangan maut membabitkan 99 kematian,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI