fbpx

Ramai tidak guna SUKE, MRR2 sesak macam biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pembukaan fasa pertama Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) sejak Jumaat lalu nampaknya masih belum mampu menyelesaikan masalah kesesakan trafik.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai mendakwa pembukaan lebuh raya berkenaan ternyata tidak mengubah apa-apa kerana pengguna jalan raya masih memilih untuk menggunakan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) terutama sekali ketika waktu puncak.

Malah ada juga yang mendakwa, penggunaan lebuh raya SUKE adalah sia-sia kerana tetap perlu menempuh kesesakan lalu lintas sebaik sahaja keluar dari lebuh raya berkenaan.

“Lalu memang tak sesak, keluar jumpa sesak. Serupa saja, baik ikut jalan biasa saja,” kata Zaleha.

“Berguna untuk pengguna dari Cheras ke Ulu Klang saja, tidak begitu berguna untuk pemandu lain. Tapi, paling tak suka dengan individu tidak bertanggungjawab yang berhenti di lorong kecemasan untuk bergambar,” kata Ray.

Selain itu, ada juga pengguna yang mendakwa masih belum berani menggunakan lebuh raya tersebut kerana masih terlalu baru.

“Tak ramai berani lagi mahu guna, takut sesat. Dalam ‘map’ pun tak banyak lagi penunjuk arah untuk lalu lebuh raya itu. Awal lagi buka, biasalah kalau lengang,” kata Syazwan.

“Bagi masa sikit, macam Lebuh Raya MEX dulu, memang nikmat bawa laju tapi sekarang sudah sesak juga,” kata Zarith.

“Sekarang ini percuma, ada tol nanti mesti lagi sendu. Mesti mahal tolnya,” kata Jaffrun.

Terdahulu, lebuh raya itu dibuka kepada pengguna bermula Jumaat lalu.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jajaran sepanjang 16.6 kilometer turut dibuka kepada pengguna secara percuma selama sebulan.

Katanya, lebuh raya yang bermula dari Persimpangan Cheras-Kajang dan berakhir di Persimpangan Bukit Antarabangsa itu adalah bukti kerajaan komited menangani isu kepadatan trafik di ibu negara.

Sementara itu, jurucakap Suke ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut pada petang ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI