fbpx

Komponen BN perlu ‘senada’ tangkis tohmahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong berucap merasmikan Persidangan MCA Johor, di Kulai, semalam.

KULAI – Semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) perlu senada dalam menangkis tohmahan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, termasuklah soal melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memberitahu, sebarang isu dan tohmahan dibangkitkan pembangkang atau mana-mana pihak perlu ditangkis dengan bijak.

Menurut beliau, BN juga tidak boleh lari daripada fokus perjuangan asal iaitu membawa kesejahteraan kepada masyarakat berbilang kaum.

“Dalam soal melibatkan beliau (Najib Razak), apa yang penting adalah kita perlu terus fokus buat kerja kerana rakyat akan menilai apa sahaja dan kita perlu berdepan dengan cabaran tersebut.

“Apa sahaja yang dilontarkan pembangkang (termasuk isu Najib Razak), kita (BN) perlu jawab sebagai satu parti (tidak berpecah),” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas merasmikan Persidangan MCA Johor, di sini semalam.

Sementara itu, Ka Siong turut menggesa ahli-ahli dan penyokong parti itu untuk membantu kemenangan BN di kesemua kerusi Parlimen yang ditandingi mereka tanpa mengira sama ada calon diletakkan daripada parti komponen lain.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI