fbpx
ISTERI mendiang dikenali sebagai Leung ditemui pemberita di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh hari ini.

Jasad Richard telah dituntut isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Jasad juruterbang helikopter jenis Eurocopter EC120B dikendalikan Tsz Kin Richard Chan, 58, telah dituntut isterinya pada pukul 11.15 pagi tadi.

Isteri mangsa dikenali sebagai Leung tiba di pekarangan Jabatan Forensik bagi urusan tuntutan jasad mendiang dengan menaiki Toyota Alphard pada pukul 10.40 pagi.

Wanita warga Hong Kong itu ditemani ahli keluarga dan majikan mendiang.

Leung ketika ditemui berkata, jasad mendiang suaminya akan dibawa ke tempat penyimpanan mayat sementara di Ipoh sebelum upacara pembakaran dijalankan esok.

Katanya, abu mayat mendiang akan di bawa balik ke Hong Kong dalam masa terdekat.

“Satu upacara akan dijalankan terlebih dahulu sebelum jasad suami dibakar dan abu mayatnya dibawa balik (ke Hong Kong),” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Mayat Richard Chan berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di bahagian kokpit kurang 24 jam helikopter tersebut dilaporkan hilang daripada radar. – KOSMO! ONLINE

POPULAR