fbpx

Bekas besan upah gengster belasah lelaki kahwinkan anak kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengesyaki dalang serangan adalah bekas keluarga mentua anak perempuan mangsa. - PTI (gambar hiasan)

MUMBAI – Seorang lelaki dari negeri Rajashtan, India terpaksa bertarung nyawa selepas diserang sekumpulan gengster yang bertindak memotong hidung dan telinganya, lapor akhbar The Sun semalam.

Semasa kejadian, mangsa, Sukhram Vishnoi, 55, baru sahaja tiba di rumah apabila sekumpulan gengster yang terdiri daripada enam lelaki menerjah masuk dan mula membelasahnya.

Detektif mengesyaki dalang di sebalik serangan itu ialah bekas mentua anak perempuan Sukhram yang berang apabila mangsa bertindak mengahwinkan wanita itu sejurus bercerai dengan anak mereka.

Polis mendakwa bahawa bekas suami anak perempuan Sukhram dan abangnya turut terlibat dalam merancang jenyah tersebut.

Sukhram dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal akibat serangan tersebut.

Anak perempuannya baru-baru ini berkahwin semula dengan lelaki lain selepas bercerai dengan suami pertamanya enam tahun lalu.

Wanita itu pernah memfailkan kes terhadap mentuanya beberapa tahun lalu berkaitan tuduhan mengenai mas kahwin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI