fbpx

Lelaki 5 tahun hilang subang hidung rupanya ada dalam paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LYKINS mendapati cincin hidungnya tersekat di paru-paru kirinya selepas lima tahu kehilangannya. – Kennedy News and Media

WASHINGTON – Seorang lelaki di Ohio, Amerika Syarikat (AS) yang hilang subang hidungnya pada waktu malam berasa ngeri apabila mendapati barang kemas itu berada di dalam paru-parunya selama lima tahun, lapor akhbar New York Post semalam. 

Joey Lykins, 35, menceritakan pengalaman pahitnya itu kepada agensi berita Kennedy News.

“Doktor berkata saya memenangi ‘anugerah kes terbaik malam itu’. Saya tidak pernah mendengar perkara seperti itu berlaku sebelum ini,” katanya.

Kejadian itu bermula lima tahun lalu selepas penduduk bandar Cincinnati yang mempunyai 12 tindikan itu hilang subang hidungnya selepas bangun tidur.

“Saya tersedar dan tindikan saya hilang selain tidak menemuinya di mana-mana. Saya telah memakainya selama tiga atau empat tahun.

Selepas gagal mencari cincin itu, Lykins akhirnya berputus asa dan menggantikan perhiasan lain pada hidungnya.

Dia akhirnya terlupa mengenai kejadian itu sehinggalah beberapa minggu lalu apabila mengalami batuk yang kuat setiap kali tersedar daripada tidur pada pukul 2.30 pagi (waktu tempatan).

Lykins pada mulanya menyangka dia menghidap radang paru-paru atau penyakit pernafasan lain.

Keputusan ujian X-ray mendedahkan bahawa cincin itu tersepit di lobus bahagian atas paru-paru kirinya.

Lykins percaya bahawa cincin itu terjatuh daripada hidungnya ketika dia tidur dan ia beralih ke saluran leher dan berakhir dalam paru-parunya.

Dia dirujuk kepada pakar tiga hari kemudian untuk pembedahan. Doktor menjalankan bronkoskopi dengan menyalurkan tiub nipis ke dalam paru-parunya untuk mengeluarkan subang  itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI