fbpx

Bintang Hollywood ‘cerminan’ Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA beberapa nama besar Hollywood yang diberi kepercayaan menjadi Queen Elizabeth II dalam deretan filem antaranya The Queen, Austin Powers Goldmember, A Royal Night Out dan The Crown.

KEMATIAN monarki paling lama dalam sejarah Britain, Queen Elizabeth II pada 8 September lalu ketika usianya 96 tahun mencetus hiba di seluruh dunia.

Pemergian ratu yang memerintah Britain selama 70 tahun itu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat rakyat jelata negara itu bahkan juga dirasai semua orang.

Diangkat menjadi ratu pada usia 25 tahun, Queen Elizabeth II yang berkahwin dengan Prince Philip pada 1947 hidup bersama selama 74 tahun selepas suaminya terlebih dahulu meninggal dunia tahun lalu.

Berdiri sebagai ratu yang paling lama memerintah dan menjadi individu paling dikenali di dunia, banyak naskhah tentang peribadi figura itu dibentukkan dalam layar perak.

Minggu ini, Gala membariskan beberapa nama besar Hollywood yang diberi kepercayaan menjadi Queen Elizabeth II dalam deretan filem antaranya The Queen, Austin Powers Goldmember, A Royal Night Out dan The Crown.

Dame Helen Mirren

AKTRES legenda, Dame Helen Mirren menjadi satu-satunya pelakon yang diangkat sebagai pemain terbaik dalam menyampaikan peranan selaku Ratu Elizabeth II.

Menerusi filem The Queen (2006), Mirren menjadi Elizabeth ketika tiga tahun sebelum memegang tampuk pemerintahan Britain.

Aktres yang kini berusia 77 tahun itu berjaya mendedikasikan peranannya sebagai Ratu Elizabeth dengan cemerlang tanpa cela.

Dia menyampaikan sisi keperibadian seorang Ratu bermaruah serta keanggunan yang jitu. Bahkan Mirren berjaya memercikkan tanda tanya dalam kalangan penonton tentang sosok sebenar keperibadian Ratu dalam filem tersebut.

The Queen berlatarkan zaman sesudah kematian tragik Princess Diana. Atas kecemerlangannya dalam filem tersebut, Mirren dijulang sebagai pemenang trofi Aktres Terbaik pada Anugerah Oscars, British Academy Filem Awards pada (2006).

Lebih manis, dia juga berpeluang menikmati undangan makan malam bersama Queen Elizabeth II.

LAKONAN Claire Foy sebagai Elizabeth ketika zaman muda mendapat perhatian luar biasa daripada penonton siri The Crown.

Claire Foy, Olivia Colman

DUA aktres, Claire Foy dan Olivia Colman pernah membawakan watak sebagai Ratu Elizabeth II menerusi drama bersiri The Crown musim pertama hingga keempat yang ditayangkan sejak November 2016.

Claire menjadi Elizabeth untuk dua musim pertama The Crown yang memaparkan kisah pemerintahan monarki itu selama dua dekad lamanya. Sepanjang dua musim tersebut, Claire menjadi Elizabeth termasuklah ketika dia mengahwini Philip dan zaman pemerintahan Perdana Menteri Winston Churchill.

OLIVIA Colman meninggalkan impak tersendiri apabila berjaya menyalurkan keperibadian Queen Elizabeth dengan cemerlang dalam siri ketiga dan keempat The Crown.

Sementara Olivia pula mengambil alih musim ketiga dan keempat ketika Elizabeth dipotretkan sudah sedikit berusia.

Aktres itu berjaya mengekspresikan elemen sensitif, simpati tetapi pada masa mengejutkan tentang seorang wanita yang menguruskan negara sepanjang tahun 1960-an. Hasil lakonan mantap dalam siri tersebut, Olivia menggondol trofi Golden Globe dan Emmy untuk watak Elizabeth.

SARAH Gadon membawakan watak sebagai Ratu Elizabeth ketika berusia 28 tahun dalam A Royal Night Out pada 2015.

Sarah Gadon

AKTRES kelahiran Kanada, Sarah Gadon berpeluang membawakan watak ikonik dan berpengaruh sebagai Ratu Elizabeth II dalam sebuah filem drama-komedi berjudul A Royal Night Out.

Diterbitkan 2015, filem tersebut menceritakan kenakalan Queen Elizabeth bersama adiknya, Princess Margaret yang keluar berhibur pada satu malam ketika penganjuran Victory in Europe Day.
Gadon menggambarkan perjalanan usia remaja Ratu Elizabeth II sebagai gadis muda yang impulsif dan mendambakan kebebasan.

Baginda bahkan gemarkan pengembaraan dan dambakan cinta tetapi memikul beban yang sangat berat di bahunya.

Gadon menyampaikan bayangan kehidupan bakal pemerintah yang jarang berlaku dalam dunia sinematik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI