fbpx

TDM rampas rokok ‘baru mendarat’ bernilai RM105,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokok seludup bernilai RM105,000 yang dipercayai untuk dijual dipasaran Malaysia dirampas dalam Op Benteng dijalankan di Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kechil awal pagi hari ini.

KOTA TINGGI – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya merampas rokok seludup bernilai RM105,000 yang dipercayai untuk dijual di pasaran Malaysia dalam Op Benteng dijalankan di Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kechil awal pagi hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan memaklumkan Rampasan Barang Tanpa Tuan (RBTT) itu melibatkan pelbagai jenis jenama rokok seludup yang diletakkan di dalam 35 bungkusan kotak.

Katanya, operasi dilaksanakan di bawah tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) itu dijalankan kira-kira pukul 2.30 pagi selepas mendapat maklumat perisikan.

“Melalui maklumat perisikan, pada pukul 2.30 pagi, tim Quick Reaction Force (QRF) telah melakukan aturgerak di kawasan Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kechil dan menjumpai satu longgokan kotak yang berada di pinggir pantai.

“Tim QRF mengesyaki kotak-kotak tersebut baru sahaja dinaikkan dari perairan dan menunggu masa sesuai untuk diambil oleh orang perantaraan.

“Melalui pemeriksaan, longgokan kotak tersebut mengandungi pelbagai jenis rokok seludup pelbagai jenama seperti John British dan Mayor yang diletakkan di dalam 35 bungkusan kotak untuk dibawa ke pasaran Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua RBTT telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi proses penilaian dan dokumentasi manakala laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Menurutnya, keseluruhan rampasan bernilai RM105,000 dan akan diserahkan kepada pihak Kastam Sungai Rengit untuk tindakan lanjut.

“Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron Op Benteng serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.

“TDM menerusi Divisyen Ketiga Infantri Malaysia terus komited memperkasakan kawalan keselamatan daratan wilayah selatan Semenanjung Malaysia melalui pemantauan serta penguatkuasaan berterusan bagi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dikekang demi kedaulatan negara,” katanya lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI