fbpx

Klip video Sajjad berbaju Melayu kini tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penampilan Muhammad Sajjad dalam satu MV nyanyian Datuk Sharifah Aini.

PETALING JAYA – Video klip muzik (MV) lama yang mendedahkan penampilan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamarulzaman atau Sajat menari zapin kini tular di media sosial.

Rata-rata orang ramai tidak terkejut dengan penampilan usahawan ketika di usia remajanya dengan lengkap berpakaian baju Melayu dan bersampin kerana ternyata dia adalah seorang lelaki.

Video klip tersebut merupakan sebuah lagu asli nyanyian biduanita negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini.

Sajat dilihat menjadi model lelaki bersama seorang lagi model wanita di dalam video klip terbabit.

Usahawan tersebut juga tampil untuk komen berkenaan pendedahan tersebut dan menyatakan tiada masalah berkenaan video klip lama itu.

“Ya memang saya, kenapa, kenapa, saya memang comel jadi kenapa dengan video klip itu,” jelasnya dalam satu video di Instagramnya.

Rata-rata orang ramai juga turut teruja dan juga menyaksikan kembali video klip lama itu bagi melihat keadaan usahawan tersebut yang sampai sudah tidak mahu akui berkenaan jantinanya selama ini.

“Haa, ambil kau, siap bersongkok bersampin bagai, elok sahaja aku tengok masa dia jantan dulu. Kacak juga,” ujar Zaibidi Alawi.

“Baik budaknya ya, bersih sahaja muka persis jejaka Melayu terakhir, semoga diberi hidayah kepadanya nanti,” jelas Issermuddin. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI