fbpx

Beberapa laluan di Persiaran Karpal Singh ditutup Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster lokasi beberapa laluan ditutup di sekitar Persiaran Karpal Singh sempena Program Penang Yosakoi 2022.

GEORGE TOWN – Beberapa laluan di sekitar Persiaran Karpal Singh di sini akan ditutup Sabtu ini bagi memberi laluan sempena Program Penang Yosakoi 2022 yang akan diadakan di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, penutupan beberapa laluan yang telah dikenal pasti itu adalah bertujuan untuk melancarkan aliran trafik dan mengawal lalu lintas sepanjang program tersebut.

”Jalan yang terlibat akan ditutup bermula Sabtu ini dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam.

”Di Lebuh Sungai Pinang laluan masuk akan ditutup, hanya laluan keluar sahaja yang dibenarkan melalui jalan tersebut di mana tiada kenderaan baharu dibenarkan memasuki Lebuh Sungai Pinang untuk ke Persiaran Karpal Singh selepas pukul 8 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Soffian, selain itu, laluan dari Venzy Tea ke Lebuh Sungai Pinang 6 turut ditutup kepada kenderaan umum.

‘”Jalan hanya dibuka untuk kenderaan kenamaan seperti Ketua Menteri, Konsul Jenaral serta lain-lain kenamaan, dan mereka yang mempunyai akses sahaja dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di sini,” ujarnya.

Beliau memberitahu, bagi laluan di kedai 28 menuju ke Persiaran Karpal Singh pula, tiada kenderaan dibenarkan masuk bermula pukul 8 pagi dan laluan hanya digunakan untuk kenderaan keluar sahaja.

”Laluan ini akan ditutup sepenuhnya pada pukul 5 petang bagi tujuan perarakan dan akan dibuka kembali kepada umum pada pukul 11 malam.

“Hanya kenderaan untuk pekerja dan mereka yang mempunyai pas khas dibenarkan untuk memasuki kawasan ini bagi tujuan parkir,” jelasnya.

Dalam pada itu, Soffian menambah, pengunjung disarankan untuk meletakkan kenderaan di tempat yang telah disediakan pihak penganjur iaitu di Wesley Methodist School, Jalan Perusahaan Jelutong dan Fisherman’s Wharf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI