SEJAK beberapa dekad lalu, semakin ramai orang dewasa di bawah umur 50 tahun didiagnos berhadapan dengan masalah kanser.
Malah kajian yang dilakukan penyelidik dari Hospital Wanita Brigham, Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat mendedahkan, kanser yang didiagnosis sebelum umur 50 tahun meningkat secara mendadak di seluruh dunia dan peningkatan ketara bermula sekitar 1990.
Kanser yang dimaksudkan termasuk kanser payudara, kolon, esofagus, hati dan pankreas.
Berdasarkan laporan dari Medical Xpress, dalam upaya memahami mengapa semakin banyak anak muda didiagnosis menghidap kanser, para penyelidik melakukan analisis ekstensif terhadap data yang terdapat dalam literatur dan data online.
“Daripada data, kita memperhatikan sesuatu dipanggil kesan kelompok kelahiran.
“Kesan ini menunjukkan, setiap kumpulan orang yang dilahirkan di kemudian hari mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser,” kata Shuji Ogino dari Jabatan Patologi di Hospital Wanita Brigham.
Dia juga mendapati, risiko itu meningkat pada setiap generasi.
Ogino memberitahu, sebagai contoh orang yang dilahirkan pada tahun 1960, mempunyai risiko kanser
lebih tinggi sebelum umur 50 tahun, berbanding mereka yang lahir pada tahun 1950.
“Kami menjangkakan tahap risiko ini akan terus meningkat pada generasi akan datang,” katanya.














