fbpx

Hujan lebat di Terengganu pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Terengganu dinasihatkan agar berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

“Ia melibatkan beberapa kawasan iaitu Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” katanya hari ini.

Ujar MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI