fbpx

Kuwait catat kadar perceraian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan yang baru berkahwin bergambar di acropolis Rom dekat Baalbeck di lembah Bekaa, Lebanon. - AFP

BEIRUT, Lebanon – Satu kajian terbaharu oleh Pusat Sokongan Maklumat dan Keputusan Kabinet Mesir mendapati bahawa Kuwait, Mesir, Jordan dan Qatar adalah negara Arab yang mempunyai kadar perceraian tertinggi, lapor akhbar Arab News semalam. 

Di Kuwait, 48 peratus daripada semua perkahwinan berakhir dengan perceraian dan diikuti dengan 40 peratus di Mesir, 37.2 peratus di Qatar serta 34 peratus masing-masing bagi Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Lebanon.

“Dalam sebilangan hari, kami mempunyai sehingga 16 kes perceraian di mahkamah ini sahaja.

“Kadar perceraian yang semakin meningkat adalah fenomena yang tidak pernah dilihat sebelum ini, walaupun kami tidak memihak kepada perceraian dan menumpukan kepada perdamaian,” kata seorang hakim syariah di mahkamah agama Beirut, Sheikh Wassim Yousef Al-Falah.

Selain itu, pakar percaya bahawa trend tersebut didorong oleh gabungan faktor tekanan ekonomi, norma masyarakat yang berkembang, pembaharuan undang-undang dan perubahan peranan wanita.

“Wanita tidak lagi merasakan bahawa mereka memerlukan lelaki. Ramai isteri berdiri di hadapan mahkamah untuk menolak sebarang penyelesaian dengan suami kerana merasakan mampu berdikari dan tidak mahu lelaki mengawal kehidupan mereka,” kata Sheikh Wassim.

Kebanyakan sejarah terutamanya dalam kalangan budaya yang lebih konservatif di negara-negara Arab, posisi wanita dianggap sebagai berada di rumah untuk menguruskan keperluan keluarga, manakala lelaki perlu belajar dan bekerja.

Apabila negara-negara Arab memodenkan ekonomi dan memperbaharui sistem perundangan, wanita menjadi lebih berdikari, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, maju dalam kerjaya dan memilih untuk berkahwin dan mempunyai anak di kemudian hari.

Akibatnya, wanita Arab telah mengembangkan kesedaran yang lebih mendalam tentang hak sivil, cita-cita peribadi dan maruah diri mereka. Mereka enggan bertolak ansur dengan keganasan rumah tangga dan mampu menyara diri sendiri dari segi kewangan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI