AKTIVITI mencandat sotong kebiasaannya dijalankan bermula bulan Mac sehingga awal musim tengkujuh setiap tahun di sekitar perairan Kelantan dan Terengganu. Bagaimanapun, apabila kebanyakan lokasi di perairan kedua-dua negeri itu menjadi tempat peletakan tukun tiruan, aktiviti mencandat sotong sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah tidak bermusim. Ini kerana, tukun-tukun tiruan itu menjadi habitat dan lokasi pembiakan sotong di tengah-tengah laut. Pencandat sotong yang juga pemancing tegar, Mohd. Faizul Hakimi Muhamad Nor, 30, berkata, kaki pancing lazimnya memilih tekong bot yang berpengalaman……