fbpx

Saingan EPL mungkin ditangguh sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLAWANAN minggu ketujuh saingan EPL terpaksa ditunda bagi memberi penghormatan ekoran kemangkatan Ratu Elizabeth II awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ming­gu ini yang dijadual berlangsung bermula malam ini hampir pasti ditunda bagi memberi penghormatan kepada kemangkatan Ratu Elizabeth II awal pagi semalam.

Selain EPL, sebarang bentuk penganjuran sukan di England bakal ditunda bagitujuan berkabung dan memperingati serta memberi penghormatan rasmi selama 10 hari ekoran pemergian Ratu Elizabeth II.

Penganjur bagi aksi Piala Liga Inggeris (EFL) telah pun mengesahkan bahawa perlawanan antara Burnley dan Norwich ditangguhkan, manakala, saingan bola sepak di Ireland dan Wales turut mengesahkan penundaan saingan tersebut.

“Baki perlawanan hujung minggu ini akan diputuskan menerusi semakan panduan rasmi daripada Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan (DCMS),” kata EFL dalam satu kenyataan.

Acara sukan di Britain yang dijadualkan pada hari ini termasuk perlawanan ujian kriket dan Kejohanan PGA golf Eropah turut dibatalkan.

Selain itu, bintang sukan dunia termasuk bintang tenis Switzerland, Roger Federer turut meratapi kemangkatan Ratu Elizabeth II yang mangkat pada usia 96 tahun.

“Saya amat berdukacita dengan kemangkatan baginda. Keanggunan dan kesetiaannya terhadap tugasnya akan kekal dalam sejarah.

Saya ingin me­nyampaikan ucapan takziah kepada seluruh Keluarga Diraja dan rakyat Britain,” kata Fede­rer.
Rakan seperjuangannya, Rafeal Nadal turut mengucapkan takziah kepada Keluarga Diraja berkenaan atas kemang­katan baginda. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI