fbpx

Pekerja cekup ‘rider’ curi barang dalam kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan yang dirampas bersama suspek dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka di Jalan Pandan Indah, Ampang kelmarin.

AMPANG JAYA – Tindakan seorang penghantar makanan memasukkan pelbagai barang runcit ke dalam beg plastik tanpa membuat pembayaran mengundang padah apabila dia ditahan pekerja dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka, Jalan Pandan Indah, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis mendapat panggilan kejadian yang berlaku sekitar pukul 8.30 malam daripada pengadu yang merupakan jurujual di kedai terbabit.

“Semasa berada dalam kedai, pengadu nampak suspek lelaki tempatan sedang masukkan pelbagai barangan runcit ke dalam beg plastik dan kemudiannya keluar dari kedai tanpa membuat pembayaran.

“Pengadu bersama rakan telah mengejar dan berjaya menahan lelaki tersebut dan kemudian menyerahkan kepada polis,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis bagaimanapun membuat tangkapan semula sekitar pukul 8.45 malam di tempat kejadian dan mendapati suspek yang berumur 28 tahun bekerja sebagai penghantar makanan dengan sebuah syarikat terkenal.

Jelasnya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan dadah.

Kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu melakukan curi dalam kedai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI