WASHINGTON – Seorang jururawat di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa dia telah menjalani latihan tentang perkara yang perlu dikatakan kepada ibu bapa jika bayi mereka tidak comel semasa dilahirkan, lapor akhbar New York Post semalam.
Pekerja penjagaan kesihatan, Miki Rai memuat naik video di TikTok mengenai ‘Apa yang perlu dilakukan jika bayi itu hodoh?’.
Rai menerangkan apa yang diberitahu oleh jururawat kepada ibu bapa mengenai bayi yang baru dilahirkan.
“Pengajar di sekolah kejururawatan mengajar saya apa yang perlu dikatakan. Jika dia comel, anda boleh beritahu bayi mereka comel.
“Sebaliknya jika bayi itu hodoh, anda hanya beritahu dia kelihatan sama seperti mereka,” katanya.
Video itu mengejutkan netizen dengan sebilangan mereka berkongsi pengalaman sendiri di hospital.
“Ucapkan tahniah sahaja. Bayi biasanya memang tidak kelihatan comel pada hari pertama kelahiran,” komen netizen lain. – Agensi