fbpx

Bekas pengerusi PIBG antara tiga direman SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pengerusi PIBG (depan) ketika dibawa bersama dua lagi individu untuk proses reman hari ini.

SHAH ALAM – Tiga termasuk bekas pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah rendah direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM300,000 bagi pembinaan blok tambahan sekolah.

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek berusia 34 hingga 56 tahun dikeluarkan Majistret Nor Azean Mohd. Sohaini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek tersebut terdahulu ditahan antara pukul 9 dan 9.45 malam tadi di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, mereka termasuk wanita itu melibatkan masing-masing pemilik syarikat, kontraktor dan bekas pengerusi PIBG sebuah sekolah rendah di Selangor.

“Berdasarkan siasatan awal, pemilik syarikat telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran palsu kepada PIBG sebuah sekolah.

“Ini bagi kerja membina satu blok tambahan baru bernilai RM 300,000 sedangkan kerja-kerja tersebut tidak disempurnakan. Kesalahan itu dilakukan pada 2016,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI