fbpx

Indonesia mansuh ujian subjek wajib bagi syarat masuk universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemansuhan ujian subjek ini bagi menghapuskan diskriminasi dalam kalangan pelajar bandar dan luar bandar. - Medcom.id

JAKARTA – Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim mengumumkan perubahan syarat pemilihan pelajar baharu memasuki universiti negeri (PTN), lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Nadiem berkata kementerian bersetuju memasuhkan ujian subjek seperti pemilihan kemasukan PTN sebelum ini.

“Pemilihan calon PTN sedikit berbeza kerana mereka tidak akan menduduki ujian subjek,” kata Nadiem.

Menurut Nadiem, ujian mata pelajaran bagi pemilihan memasuki PTN mewujudkan diskriminasi dalam persekitaran sekolah.

Diskriminasi ini terutama berlaku kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran tertentu kerana faktor ekonomi.

Justeru, Nadiem yakin keputusannya memadam ujian mata pelajaran dalam ujian kemasukan PTN mampu membawa perubahan yang lebih baik dan ketara kepada sistem pendidikan di Indonesia.

Nadiem turut mendakwa dasar baharu itu akan menjadikan pendidik lebih fokus dan tidak putus asa ketika sesi mengajar di sekolah.

Beliau kini sedang mempertimbangkan kaedah baharu dalam pemilihan calon PTN iaitu melalui tiga skim iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian, ujian skolastik dan ujian bebas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI