fbpx

Agong dan Raja Permaisuri ucap takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja British atas kemangkatan Ratu Elizabeth II

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja British atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Menurut kenyataan Istana Negara, Ratu Elizabeth II akan dikenang oleh Seri Paduka Baginda berdua, kerajaan dan rakyat Malaysia atas komitmen tidak berbelah bahagi kepada Komanwel yang menjadi kebanggaan Malaysia sebagai ahli serta usaha menggalakkan hubungan kukuh antara United Kingdom dan Malaysia.

“Ratu Elizabeth II juga akan dikenang atas dedikasi kepada rakyat dan kerajaan United Kingdom serta keprihatinan mendalam kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Ingatan Seri Paduka Baginda berdua bersama-sama Keluarga Diraja dan rakyat British dalam detik sedih dan duka ini atas kehilangan Ratu Elizabeth II,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Mengimbas kenangan bertemu Ratu Elizabeth II, Seri Paduka Baginda berdua berkenan mengadakan kunjungan hormat dan menghadiri majlis makan tengah hari di Istana Buckingham, London pada 13 Disember 2019.

Kunjungan hormat dan jamuan makan tengah hari itu adalah sempena lawatan Seri Paduka Baginda berdua ke England mulai 9 Disember 2019.

Sewaktu pemerintahan Ratu Elizabeth II, baginda pernah melawat Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada 1972 (lawatan khas), 1989 (Mesyuarat Ketua Negara Komanwel ke-11) dan 1998 (Sukan Komanwel ke-16). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI