fbpx

300 tahun lagi untuk capai kesaksamaan gender penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA memegang sepanduk semasa menyertai bantahan terhadap keganasan berdasarkan gender di Kosovo, 5 September lalu. - AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Kesaksamaan gender sepenuhnya akan mengambil masa hampir 300 tahun untuk dicapai berdasarkan pencapaian  sedia ada, demikian amaran PBB dalam laporan yang disiarkan kelmarin.

“Berdasarkan pencapaian sekarang, laporan ini menganggarkan masa sehingga 286 tahun diperlukan untuk menutup jurang perlindungan dari segi undang-undang dan menghapuskan undang-undang yang bersifat diskriminasi, 140 tahun untuk wanita diwakili secara saksama dalam jawatan tinggi dan kepimpinan di tempat kerja serta sekurang-kurangnya 40 tahun untuk mencapai perwakilan saksama di Parlimen,” kata agensi Wanita PBB yang menyediakan laporan itu.

Tempoh tersebut jauh sekali daripada matlamat PBB untuk mencapai kesaksamaan gender menjelang 2030.

“Cabaran global seperti Covid-19 dan era selepas pandemik, konflik ganas, perubahan iklim serta penentangan terhadap kesihatan dan hak seksual serta reproduktif wanita telah   meningkatkan lagi ketidaksamaan gender,” kata Wanita PBB dalam satu kenyataan bersama Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial PBB.

Menjelang akhir 2022, dianggarkan seramai 383 juta wanita dan remaja perempuan akan terjerumus ke dalam kemiskinan melampau dengan pendapatan kurang daripada AS$1.90 (RM8.55)  sehari, berbanding 368 juta lelaki dewasa dan budak lelaki, kata kenyataan sama.

Seramai  44 juta wanita dan kanak-kanak perempuan terpaksa menjadi pelarian menjelang penghujung 2021 sekali gus angka tertinggi setakat ini, manakala lebih 1.2 bilion wanita serta  remaja perempuan menetap di negara-negara yang melarang pengguguran bayi.

“Adalah penting untuk kita sama-sama membuat pelaburan dalam wanita dan remaja  perempuan bagi mendapatkan semula dan mempercepatkan kemajuan,” kata Pengarah Eksekutif Wanita PBB, Sima Bahous. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI