fbpx

Sumpah, saya tak ingat tarikh nikah, cerai – Raja Ema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA EMA

KUALA LUMPUR – Lebih 20 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon juga penyanyi senior, Raja Ema mengakui sudah malas memikirkan soal jodoh, bahkan tidak pernah kembali mengingati tarikh nikah atau perceraian dalam hidupnya.

Katanya, tiada faedah mengenang kisah lampau apatah lagi semakin menikmati fasa solo yang menyeronokkan bersama dua permata hatinya.

“Saya bersumpah, sejujurnya saya tak pernah mengira tempoh atau ingat tarikh saya bernikah atau bercerai.

‘Saya sudah ‘move on. Saya menikmati kehidupan solo sampai tiada masa untuk rasa sunyi. Pada usia 54 tahun ini saya sudah malas untuk berfikir soal jodoh

“Mencari teman hidup rasanya bukan fokus saya kerana sekarang saya sudah seronok begini. Saya ada anak-anak sebagai peneman,” katanya kepada Kosmo! Online.

Selebriti yang meraih gelaran Puteri Pop 80-an itu berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman lagu Jejaka Idaman dan Angan Angan untuk program Salam Dari Maya 2 di Taman Melawati, malam tadi.

Raja Ema yang juga anak kepada Seniwati Yusni Jaafar itu dipilih bergandingan dengan Amy Mastura untuk program hiburan yang disiarkan menerusi YouTube pada 14 Oktober depan.

Dikenali sebagai selebriti yang menjaga rapat hal peribadi, wanita yang cukup peramah itu sememangnya mengakui lebih selesa menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni dan perniagaan acar buah yang diusahakannya sejak bertahun-tahun lalu.

Dia yang kembali solo apabila perkahwinan dibina selama enam tahun dengan penyanyi Sheqal ternoktah pada tahun 1999 menyatakan agak fobia untuk kembali menjalin hubungan.

Biarpun dua anaknya, Putera Ammar, 28, dan Putera Al Kashah, 26, memberi lampu hijau, Raja Emi sendiri merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

“Sebenarnya saya sudah malas nak fikir sebab urusan jodoh ini kita tak tahu bagaimana pengakhirannya. Kalau berniaga atau terbabit dalam dunia seni saya tahu apa yang bakal saya capai.

“Saya bukan nak menakutkan sesiapa tetapi bila bab perkahwinan ini kita berurusan dengan manusia. Kalau kita berharap perkahwinan yang dibina itu sampai ke syurga sekali pun, belum tentu kita dapat menggapainya.

“Memanglah kita boleh bebaskan seseorang dengan bercerai apabila sudah tiada hati. Tapi kalau ditakdirkan bercerai, berapa banyak masa sudah dibuang dan dibazirkan.

“Bukankah lebih baik masa itu kita gunakan dengan hal berfaedah untuk diri sendiri. Tiada istilah sunyi dalam hidup saya. Kalau ada pasangan belum tentu saya boleh buat macam-macam benda,” katanya lagi.

Dedahnya, ada beberapa individu cuba mendekati tetapi dia sudah menetapkan fikiran enggan memikirkan soal hidup berpasangan buat masa ini.

“Memang kita tak tau apa jadi pada masa akan datang. Cuma saya sudah set yang mati nanti pun seorang, jadi saya okey saja jalani hidup ini seadanya.

“Tipulah kalau saya katakan saya tidak takut apabila bersendirian, lebih-lebih lagi ketika dijangkiti Covid-19 pada awal tahun ini sehingga tidak dapat teruskan perniagaan.

“Tapi setiap ujian yang dilalui menguatkan saya untuk terus kuat dan berserah kepada takdir Ilahi. Saya tidak meletakkan sebarang harapan tapi biarlah urusan jodoh itu datang sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI