fbpx
Sebahagian penduduk Kampung Iboi yang ditempatkan di PPS Kampung Padang Empang, Baling ekoran rumah mereka dinaiki banjir lumpur buat kali ketiga sejak Julai lalu. - SHAHIR NOORDIN

Bah Baling: Pengusaha kelulut serik berniaga rugi RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – Pengusaha kelulut di Kampung Iboi di sini sudah serik untuk memulakan se­mula perniagaan itu apabila terpaksa menanggung kerugian lebih RM200,000 akibat bencana kepala air dan banjir lumpur sejak 4 Julai lalu.

Menurut Mashitah Ahmad, 48, sebanyak 191 bongkah kelulut dihanyutkan air dengan kerugian hampir RM200,000 dalam tragedi banjir lumpur.

“Kejadian banjir kedua tidak terlalu teruk tetapi kali ini, separuh daripada 80 bongkah dan sarang kelulut lesap hingga saya rugi RM15,000,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang di Kupang di sini semalam.

Menurut Mashitah, dia membekal dan memasarkan madu kelulut sejak 10 tahun lalu ke seluruh Kedah.

“Hasil jualan yang diperoleh antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan,” ujarnya.

Tambahnya, dia berharap kerajaan dapat mengenal pasti dan mendedahkan punca sebenar kejadian itu seterusnya me­laksanakan tindakan bagi me­ngurangkan risiko bencana dengan segera.

“Rasa trauma kami semakin teruk. Bila tengok cuaca men­dung, penduduk jadi takut ke­rana sebilangan daripada kami nyaris maut dalam kejadian 4 Julai lalu,” katanya.

Penduduk Kampung Iboi, Idris Abdul Rahman, 63, berkata, benteng pasir pecah lalu melimpah ke rumah penduduk apabila paras sungai semakin naik dan deras.

“Kejadian turut membentuk satu lagi anak sungai di belakang rumah penduduk kampung,” katanya yang turut berharap agar pihak berkuasa dapat menangani masalah itu secepat mungkin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN