fbpx

Kanak-kanak mati lemas tersepit celah batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kanak-kanak mati tersepit dicelah batu semasa mandi di Sungai Kampung Pasir Putih Resort , Kalumpang.

HULU SELANGOR – Seorang kanak-kanak perempuan maut akibat tersepit dicelah batu semasa mandi di Sungai Kampung Pasir Putih Resort, Kalumpang, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, polis mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian kanak-kanak mati lemas di kawasan tersebut sekitar pukul 6.40 petang.

Katanya, laporan awal diterima daripada pegawai perubatan berkenaan seorang pesakit kanak-kanak perempuan warga tempatan berusia lapan tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Tangan dan muka kanak-kanak itu kebiruan ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Kalumpang dan keluarganya memaklumkan, anaknya tersepit dicelah batu semasa mandi di sungai.

“Orang awam yang berada di tempat kejadian telah memberikan bantuan pernafasan (CPR) namun gagal,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, hasil siasatan polis mendapati kanak-kanak perempuan itu telah mati lemas di Sungai Kampung Pasir Puteh pada kedalaman 0.6 meter.

“Bedah siasat dijalankan pihak Hospital Kuala Kubu Bharu mendapati punca kematian adalah lemas dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI