fbpx

Belum ada keputusan untuk panggil Abd. Latiff – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Latiff.

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa belum ada sebarang keputusan dibuat sama ada akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).

“Tiada komen mengenainya kerana kita masih siasat. Kita perlu semak perkara itu,” katanya ringkas.

Hal ini kerana katanya, masih banyak perkara yang perlu disiasat membabitkan kes LCS tersebut.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan dan banyak lagi perkara yang kita perlu siasat dalam hal penyiasatan ini. Saya ingin membawa semua untuk memahami bahawa perkara-perkara berkaitan tadbir urus dan jenayah adalah dua perkara berbeza.

“Mungkin pihak-pihak yang mengemukakan isu tersebut kepada pihak media tentang tadbir urus mungkin diambil dari laporan audit.

“Namun pihak kami bukan menyiasat perkara itu sahaja, kita menyiasat lebih lanjut lagi daripada itu untuk melihat unsur jenayah yang dilakukan mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas Istiadat Konvokesyen MACC Law Enforcement Accredited Programme di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Jelas beliau, pegawai penyiasat SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kes tersebut termasuk memanggil saksi-saksi dari luar negara.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti dalam projek pembinaan LCS adalah milik keluarga bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Abd. Latiff.

Rafizi mendakwa, siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan dilakukannya mendapati syarikat pembekal itu dimiliki isteri Abd. Latiff.

Dakwanya, laporan siasatan dalaman projek LCS pada muka surat 96, perenggan 3.16.13.2 juga secara jelas menyebut wanita itu adalah isteri kepada Abd. Latiff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI