fbpx
Barisan pemain KL City meraikan kejayaan menewaskan ATK Mohun Bagan dengan keputusan 3-1 pada aksi separuh akhir antara zon Piala AFC sebentar tadi. - FOTO IHSAN AFC

Piala AFC: KL City mara ke final antara zon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) mencipta sejarah apabila mara ke pentas final antara zon saingan Piala AFC selepas menewaskan wakil India, ATK Mohun Bagan 3-1 di peringkat separuh akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Salt Lake, Kolkata itu, skuad Warga Kota kendalian Bojan Hodak membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan Paulo Josue, Hadin Azman dan Jordan Mintah untuk mengemudi jentera serangan.

Namun, aksi pada babak pertama Kl City dilihat bermain dengan lebih berhati-hati apabila pasukan tuan rumah lebih banyak menguasai bola selain melakukan beberapa percubaan tepat ke arah kubu gol.

Situasi berbeza pada separuh masa kedua selepas juara Piala Malaysia edisi 2021 itu tampil dengan taktikal lebih berani untuk melakukan serangan.

Kerja keras KL City berbaloi selepas Josue menjaringan gol pada percubaan pertama ke arag kubu lawan hasil rembatan luar kotak penalti pada minit ke-60.

Tersentak dengan itu, ATK Mohun Bagan menggandakan asakan dan berjaya meraih gol penyamaan menerusi pemain gantian, Mohamad Fardi Molla pada minit ke-90.

Ketika aksi dijangka masuk ke masa tambahan, penyerang KL City, Fakhrul Aiman berjaya menanduk gol pada masa kecederaan untuk meranapkan impian pasukan tuan rumah.

Pemain import sensasi dari Colombia, Romel Morales turut menambah derita pasukan lawan dengan gol ketiga yang diraih sebelum wisel penamat ditiupkan.

Kemenangan tersebut menyaksikan KL City bakal membuat perhitungan dengan wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada aksi final antara zon Piala AFC yang akan berlangsung pada 5 Oktober depan. – KOSMO ONLINE

POPULAR