fbpx

Covid-19: 2,067 kes, 7 kematian dilapor semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,067 kes semalam termasuk empat kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,756, 909 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,279 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,731,426 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 27,328 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 218..

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 589 diikuti Kuala Lumpur (454), Sabah (160), Perak (145), Sarawak (132), Negeri Sembilan (90), Kedah (80) dan Melaka (74).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (69), Kelantan (67), Pahang dan Pulau Pinang (62), Putrajaya (45), Terengganu (27), Labuan (4) serta Perlis (3),” kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak tujuh kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,255.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,706 setakat ini.

Sebanyak 25,963 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,277 kes di hospital, 29 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 40 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI