fbpx

Blackpink kekal No.1, 80 juta subscriber YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK

SELEPAS membuat kemunculan semula dengan lagu baharu Pink Venom, kumpulan Blackpink membuktikan pengaruh mereka ketika ini semakin luas dalam kalangan peminat.

Mana tidaknya, setakat Isnin lalu, kumpulan itu berjaya mencatat jumlah 80 juta subscriber dalam enjin carian YouTube.

Rekod tersebut sekali gus menjadikan kumpulan popular itu sebagai artis pertama yang mencapai jumlah sedemikian.

Bilangan tersebut direkodkan Blackpink dalam tempoh enam tahun dan tiga bulan selepas mereka membuka saluran tersebut secara rasmi.

Rata-rata peminat berkongsi rasa teruja dengan pencapaian tersebut menerusi kemunculan semula kumpulan itu menerusi lagu terbaharu.

Blackpink secara rasminya membuka saluran YouTube pada 28 June 2016, dua bulan awal sebelum tarikh debut mereka dalam industri K-pop.

Terdahulu, Blackpink mencipta sejarah apabila lagu Pink Venom mencatat jumlah tontonan melebihi 86 juta kali dalam YouTube selepas 24 jam dilancarkan 19 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI