fbpx

MTCC atasi kepupusan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (tengah, depan) diiringi Takiyuddin (tiga dari kanan) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kiri) di Pusat Konservasi Harimau Malaya di Temerloh.

TEMERLOH – Kewujudan Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) bernilai RM52 juta di Lanchang dekat sini amat signifikan dalam usaha mengatasi isu kepupusan spesies haiwan berkenaan yang semakin kritikal.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kawasan seluas kira-kira 80 hektar yang disediakan kerajaan negeri itu mampu memuatkan 32 ekor harimau pada satu-satu masa.

“Kerajaan Persekutuan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pahang yang memberi tanah sebagai lokasi pusat konservasi dan daripada jumlah itu 20 hektar telah dibangunkan sebagai Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC).

“Tempat ini bukan sahaja bagi tujuan konservasi tetapi juga pusat rehabilitasi harimau sebelum dilepaskan ke habitat asal,”katanya ketika ditemui selepas mengiringi lawatan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri;ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di MTCC di sini hari ini.

Menurut Takiyuddin populasi harimau Malaya yang digunakan di Jata Negara semakin pupus dengan hanya kira-kira 150 ekor yang tinggal di seluruh negara pada masa ini.

Katanya, kewujudan pusat konservasi Harimau Malaya di Pahang amat sesuai memandangkan Pahang merekodkan jumlah paling banyak Harimau Malaya iaitu kira-kira 39 ekor.

Ujarnya, Tengku Hassanal yang berkenan hadir ke pusat konservasi Harimau Malaya berkenaan hari ini menjadi inspirasi kepada kementeriannya untuk terus memastikan haiwan berkenaan tidak pupus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI