fbpx

Melayang RM1,900 cuak takut gambar bogel tersebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASISTEN Komisioner Ismail Dollah.

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki telah mengugut seorang lagi lelaki untuk menyebarkan gambar bogel mangsa jika enggan membayar duit kepada suspek dalam kejadian pada 27 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun.

“Lelaki berkenaan menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali mengugut mahu menyebarkan video bogel miliknya jika tidak mahu membayar sejumlah wang kepada lelaki berkenaan.

“Akibat ketakutan, mangsa memindahkan wang sebanyak RM1,900 ke dalam akaun suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 23 tahun itu telah berjaya dikesan sebelum ditangkap di Jalan Klang Lama pada 28 Ogos lalu.

Jelas Ismail, polis juga sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Suspek kini ditahan reman selama dua hari bermula hari ini selepas dibawa ke IPD Batu Pahat untuk siasatan lanjut semalam di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI