fbpx

Jendela perpindahan luar biasa EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) memecahkan rekod perbelanjaan pada jendela perpindahan musim panas ini apabila membelanjakan lebih banyak berbanding gabungan keseluruhan pasukan Serie A di Itali, Ligue 1 di Perancis dan La Liga di Sepanyol.

Apa tidaknya, perbelanjaan kelab-kelab EPL direkodkan mencecah £2 bilion (RM10.30 bilion) untuk membeli pemain pada jendela yang dibuka 10 Jun sehingga 1 September lepas.

Malah, EPL juga menyumbang sebanyak 49 peratus daripada perbelanjaan kasar secara keseluruhan melibatkan lima liga utama dengan Serie A menyumbang £648 juta (RM3.336 bilion), Ligue 1 sebanyak £483 (RM2.487 bilion), La Liga sejumlah £437 (RM2.250 bilion) dan Bundesliga mencatatkan perbelajaan £418 juta (RM2.152 bilion).

Kumpulan Perniagaan Deloitte’s Sports menganggarkan perbelanjaan tersebut adalah dua pertiga lebih tnggi daripada pembelian pada jendela perpindahan musim lalu sebanyak £1.1 bilion (RM5.66 bilion) dan 34 peratus lebih tinggi daripada rekod sebelum ini iaitu £1.4 bilion (RM7.21 bilion) pada musim panas 2017.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi pemacu utama di sebalik sebab perbelanjaan setinggi itu. Pertamanya ialah empayar baharu Chelsea yang dimiliki oleh Todd Boehly paling berbelanja sakan dengan jumlah £258.8 juta (RM1.332 bilion).

Raheem Sterling, Marc Cucurella, Kalidou Koulibaly dan Pierre-Emerick Aubameyang merupakan pembelian signifikan The Blues sehingga mencapai jumlah paling tinggi perbelanjaan di EPL.

Selain Chelsea, satu lagi pembinaan empayar kelab termahal ialah Manchester United dengan perbelanjaan keseluruhan £214 juta (RM1.102 bilion) untuk menandatangani Martin Dubravka, Antony, Christian Eriksen, Tyrell Malacia, Casemiro dan Lisandro Martinez.

Liverpool dan Manchester City pula berbelanja besar masing-masing untuk menandatangani khimat Darwin Nunez dari Benfica dan Erling Haaland (Borussia Dortmund).

Keberanian kelab-kelab EPL berbelanja pada musim panas ini adalah disebabkan keyakinan tinggi mereka ke atas kepulangan semula para peminat ke stadium selain tawaran lumayan daripada hak penyiaran baharu yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Mengenai hak penyiaran pula, kelab-kelab EPL ini mempunyai kitaran baharu di mana bahagian hak penyiaran antarabangsa sudah melebihi hak domestik buat kali pertama, sekali gus menyerlahkan lagi daya tarikan global buat EPL untuk berdaya saing dalam meneroka pasaran pemain pada jendela perpindahan.

Pada akhirnya, penulis turut melahirkan harapan agar hak penyiaran saingan Liga Malaysia akan mampu menawarkan pendapatan lumayan kepada kelab-kelab di negara ini selain dibantu dengan kehadiran para peminat yang membanjiri stadium.

Maka, tidak mustahil akan muncul pemain-pemain berkelas bintang akan beraksi di stadium-stadium di seluruk pelosok Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI