fbpx

Dua kategori disenarai dalam Anugerah Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORISMADI (tengah) menjelaskan ada dua kategori dalam Anugerah Perpaduan yang pemenangnya akan diumumkan pada Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2020/21 yang berlangsung esok.

DALAM usaha menyuntik pembaharuan, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) buat pertama kalinya memper­kenalkan dua kategori di bawah Anugerah Perpaduan menjelang Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2020/21 esok.

Dua kategori iaitu Laporan Perpaduan Terbaik serta Fotografi Perpaduan Terbaik merupakan suntikan baharu Anugerah Perpaduan selepas Kementerian Perpaduan Negara bersetuju menjalinkan kerjasama.

Presiden SAM, Norismadi Abd. Manap berkata, beliau bangga apabila Kementerian Perpaduan Negara sudi bekerjasama, sekali gus pengiktirafan kepada pengamal media sukan tanah air.

“SAM sangat teruja dengan penglibatan Kementerian Perpaduan Negara dalam anugerah kali ini. Ini membuktikan pera­nan wartawan dan jurufoto sukan melangkaui segala perbezaan dan menjadi ejen perpa­duan menerusi laporan dan foto yang mereka hasilkan.

“SAM berharap kerjasama dengan kementerian tidak ber­akhir, malah diteruskan pada masa akan datang. SAM juga berbesar hati untuk membantu kementerian apa saja program mereka selepas ini,” katanya.

Meskipun baru diperkenalkan, namun penyertaan bagi dua kategori perpaduan itu mendapat sambutan apabila menerima hampir 100 penyertaan.

“Menerusi kerjasama dengan kementerian, kita beri peluang kepada ahli SAM untuk meluaskan karya dan menceburi sisi lain dalam penulisan sukan. Dalam kategori fotografi perpaduan pula, jurufoto boleh mempamerkan sisi kreatif dalam merakam detik-detik perpaduan melalui sukan,” ujar Norismadi.

Majlis Anugerah 100Plus Perpaduan SAM 2020/2021 kali ini menggabungkan dua edisi iaitu tahun 2020 dan 2021 dengan menawarkan hadiah wang tunai paling tinggi dalam sejarah pe­nganjuran berjumlah sebanyak RM109,000.

Selain Anugerah Khas, dua lagi kategori iaitu Anugerah Atlet Terbaik serta Atlet Para Terbaik 2020/2021 dijangka menjadi tumpuan bagi melihat siapakah atlet negara yang bakal bergelar pemenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI