fbpx

Empat nelayan berpaut pada bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat nelayan tempatan ditemui selamat selepas bot fiber yang dinaiki karam di lautan pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seramai empat nelayan tempatan terpaksa berdepan detik cemas hampir beberapa jam apabila bot fiber yang dinaiki mereka dilaporkan karam di kedudukan 6.6 batu nautika selatan Pulau Kendi di sini pagi tadi.

Kesemua mangsa lelaki berusia 31 hingga 43 tahun itu ditemui dalam keadaan selamat dan sedang berpaut pada bot yang terbalik kira-kira pukul 10.45 pagi.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku daripada pengadu yang juga mangsa bot karam tersebut sekitar pukul 9.15 pagi.

Menurutnya, sebaik menerima laporan tersebut, bot PERKASA 1220 Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi untuk membuat pencarian dan pemantauan di sekitar lokasi aduan.

Keadaan empat nelayan tempatan yang ditemui sedang berpaut pada bot yang karam pagi tadi.

“Keadaan laut yang bergelora serta lokasi yang tidak tepat menyukarkan anggota Maritim untuk melakukan pencarian. Pasukan akhirnya menemui keempat-empat mangsa dalam keadaan selamat dan sedang berpaut pada bot yang terbalik.

“Kesemua mangsa kemudiannya di bawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini petang tadi.

Justeru, pihaknya menasihatkan setiap komuniti nelayan agar mengutamakan keselamatan termasuk peralatan dan bot sentiasa berada dalam keadaan baik sekiranya berlaku sebarang kecemasan di laut.

Jelasnya, pemilik bot juga dinasihatkan agar berhati-hati dan menyemak ramalan kaji cuaca sebelum turun ke laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI