fbpx

[VIDEO] Honda City milik lelaki gempal ditemui di Larkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Honda City dipercayai milik suspek curi barang di pasar raya di Tebrau ditemui di kawasan Larkin, Johor Bahru, tengah malam semalam.

JOHOR BAHRU – Polis menemui kereta Honda City berwarna merah yang dipercayai digunakan seorang lelaki gempal untuk melarikan diri selepas ‘terkantoi’ mencuri barang di sebuah pasar raya di Tebrau di sini dalam kejadian 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kenderaan itu ditemui diletakkan di kawasan perumahan di Larkin di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam, semalam.

“Polis berjaya mengesan kereta yang dinaiki suspek untuk melarikan diri dalam kejadian 31 Ogos lalu itu hasil maklumat yang disalurkan orang awam.

“Polis masih lagi memburu suspek yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Shamsudin berusia 33 tahun,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raub berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan sama ada lelaki berkenaan bersembunyi di kawasan sekitar atau sudah melarikan diri keluar dari Johor.

Jelasnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kedudukan suspek untuk menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nuraziera Miersha Jamaludin ditalian 017-3498690.

Dalam kejadian 7.15 malam pada 31 Ogos lalu, suspek bersama kekasihnya yang berusia 31 tahun ditahan pekerja pasar raya selepas keluar tanpa buat pembayaran di laluan kaunter pembayaran secara layan diri.

Antara barangan yang dicuri termasuklah pelbagai jenis coklat, cangkuk kenderaan dan juga pemegang telefon bimbit bernilai RM952.19.

Bagaimanapun suspek lelaki berjaya melarikan diri meninggalkan kekasihnya dengan menaiki kereta Honda City. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI