PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di beberapa kawasan di enam negeri pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
“Kedah di Langkawi, Yan dan Kuala Muda. (Seluruh) Pulau Pinang. Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Pahang di Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan. Johor di Muar, Batu Pahat dan Pontian,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk di Sarawak pula dijangka berlaku di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song). – KOSMO! ONLINE