fbpx
Jika wanita melahirkan anak selepas 6 bulan berkahwin, anak itu dibinkan kepada suami. – Gambar hiasan

Fatwa jadi penyelesaian isu dalam realiti semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Mengapa Fatwa Perlis mengizinkan anak kurang enam bulan dari usia perkahwinan dinasabkan kepada bapanya?

JAWAPAN:
Berikut adalah perkara-perkara yang wajar untuk difahami dalam isu ini.

Fatwa Negeri Perlis diwartakan pada 2013 atas perkenan Raja pemerintah.

Warta fatwa itu menyebut: “Anak yang lahir kurang enam bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan si suami”.

Ertinya, fatwa ini mensyaratkan bapa yang hendak dinasabkan itu hendaklah berkahwin dengan si ibu yang mengandung dan si bapa tidak menafikan itu adalah anaknya. Ini bermaksud, fatwa ini tidak merangkumi semua anak zina yang lahir daripada ibu tidak mempunyai suami.

Beza fatwa ini dengan pegangan beberapa fatwa pihak lain, mereka mensyaratkan enam bulan dan ke atas.

Dalam erti kata lain, jika ia hasil zina sekalipun, namun lahir selepas enam bulan ke atas, boleh dinasabkan kepada bapa. Sementara fatwa Perlis tidak mensyaratkan enam bulan dan ke atas.

Wilayah Persekutuan melalui majlis fatwanya juga menjelaskan dengan menyebutkan: “Kalau anak dalam kandungan itu lahir setelah lebih enam bulan dari tarikh ibunya bernikah dengan lelaki itu, maka lelaki itu dikira sebagai anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada lelaki itu (suami ibunya) walaupun lahir hasil perzinaan.”

Dalam isu anak zina, ada perkara ijmak (sepakat para mujtahid tanpa kecuali) dan ada yang khilaf. Perkara yang menjadi ijmak adalah, jika seseorang wanita melahirkan anak selepas enam bulan berkahwin, anak itu hendaklah dibinkan kepada si suami.

Ketika itu, proses li’an ataupun mula’anah iaitu laknat melaknati diri jika berbohong hendaklah dilakukan.

Asas perbincangan hal ini ialah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan selain mereka:
“Anak itu (nasabnya) kepada suami, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak boleh dituntut)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi SAW apabila berlaku perebutan nasab anak antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d mendakwa, saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu, anak Zam’ah ketika itu masih budak, adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaan dengan menyatakan anak itu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah.

Apabila kes ini diangkat kepada Nabi SAW, Baginda mendapati, anak itu menyerupai ‘Utbah, namun memutuskan dia anak si suami yang sah iaitu Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang boleh dituntut) ”.

Hadis ini bagi kes wanita bersuami (mempunyai firash). Adapun wanita tiada suami, ada perselisihan pendapat ulama jika ada lelaki mendakwa bayi dilahirkan adalah anaknya.

Fatwa Perlis satu ijtihad dalam memilih pendapat para fuqaha dengan mengambil realiti masa kini.

Ia bukan satu galakan zina, bahkan mungkin satu penyelesaian dalam realiti pada hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN