fbpx

Chalet di Port Dickson curi air terawat diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah chalet di Port Dickson yang disyaki mencuri bekalan air terawat dalam serbuan yang dilakukan semalam.

PORT DICKSON – Sebuah chalet di sini diserbu penguat kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) semalam selepas disyaki mencuri bekalan air terawat.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, dan hasil siasatan tapak mendapati premis terbabit melakukan penyambungan tidak sah.

Penyambungan tersebut menggunakan paip jenis ‭High ‬Density Polyethlene‭ (HDPE) bersaiz 32 milimeter tanpa melalui sebarang meter untuk kegunaan operasi harian.

“Pegawai penguat kuasa turut menjalankan ujian klorin dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norzita, pihak SPAN telah menyita semua pepasangan dan punca sambungan yang dibuat sebagai bahan bukti dan operasi serbuan itu tamat pada pukul 12.‭45‬ tengah hari semalam.

“Kes ‭‬disiasat ‭di ‭bawah Seksyen ‭89(9) ‭Akta ‬Industri Perkhidmatan Air 2006‭ .

“Sekiranya‭ ‬disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI