fbpx

Sedapnya vokal Iman Troye, tapi muka persis Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAN TROYE

SEBELUM ini, jika sebut nama Iman Troye pasti akan timbul suara-suara yang mempertikaikan tentang kemampuan vokalnya.

Kini, semuanya sudah terbalik. Bukan kecaman yang diraih tetapi dibanjiri pujian ramai.

Semuanya kerana Iman sering memuat naik video nyanyiannya dalam akaun TikTok.

Antara video yang mendapat perhatian dan pujian ramai ketika dia mendendangkan lagu Madah Berhelah milik Ziana Zain.

Bukan mudah menyampaikan lagu tersebut tetapi ternyata dia berjaya menawan hati ramai.

“Dengar seperti vokalnya tidak sampai tetapi dia bijak mengawal suara. Berbakat sungguh,” puji netizen.

“Semakin sedap suaranya. Tahniah Iman sebab rajin belajar,” komen seorang pengguna TikTok.

Lucunya, ada pula yang mengatakan wajah penyanyi itu mirip Datuk Seri Vida.

“Wajah Iman dengan Vida ada iras, serius tak tipu,” komen netizen.

Macam-macam hal netizen hari ini. Apapun Iman, walaupun meraih jutaan pujian, harap tak timbul lagi isu sukar untuk dihubungi oleh pihak media ya.

MIZZ LAHAR: Ada yang cakap Iman guna suara hidung dan kedengaran agak sengau, betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI