fbpx

Empat rakan berdepan penjara, rompak lelaki Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua empat tertuduh diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Empat rakan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebat selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh, bulan lalu.

Tertuduh, Hafizzul Hizzuan Zulkipli, 31,; Fadzulilahie Azmi, 29,; Zulkifle Zainal, 34, dan Muhammad Nassir Hassan, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan tertuduh secara bersama-sama dengan dua orang yang masih bebas didakwa dengan niat telah melakukan rompakan berkumpulan melibatkan wang tunai RM1,000, telefon bimbit dan komputer riba bernilai keseluruhan RM2,000 milik Molla Md. Mahbub.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1 pagi di pondok tidak bernombor, Lot 1429, Jalan Sungai Air Hitam, Kampung Tanjung Minyak, pada 19 Ogos lalu.

Sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan dengan pelbagai alasan termasuk tidak mempunyai pendapatan tetap dan menanggung keluarga serta ibu bapa yang sakit.

Selepas mendengar rayuan kedua pihak, mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan menetapkan 28 September ini sebagai sebutan semula kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI