fbpx

Rakyat Indonesia buang 16.3 juta tan makanan setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Indonesia membazirkan kira-kira 59.8 kilogram (kg) makanan per kapita setahun. - Pixabay

JAKARTA – Rakyat Indonesia membazirkan makanan dengan jumlah yang membimbangkan, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Pengarah Jabatan Makanan dan Gizi, Badan Makanan Nasional Republik Indonesia, Drs. Nyoto Suwignyo mendedahkan bahawa kira-kira 59.8 kilogram (kg) makanan per kapita dibazirkan setahun. 

Berdasarkan butiran 59.8 kg per kapita itu, 28 kg sampah makanan adalah daripada isi rumah dan 31.8 kg lagi daripada bukan isi rumah.

Apabila didarabkan dengan penduduk Indonesia sebanyak 273 juta orang, jumlah sisa makanan yang dihasilkan oleh Indonesia setiap tahun mencecah 16.3 juta tan.

“Walaupun butir beras pun, akan tumbuh dalam jangka masa yang sangat lama (purata 3 hingga 4 bulan), jika dibazirkan begitu sahaja akan mengakibatkan pembaziran dalam pengurusan makanan,” kata Nyoto Suwignyo yang dipetik  laman web Universiti Gadjah Mada.

Berdasarkan jumlah sisa makanan itu, 2.7 kg adalah beras, 7.3 kg adalah sayuran, 5 kg adalah buah, tempe dan tauhu, 2.8 kg oncom manakala selebihnya adalah ikan, daging dan lain-lain.

Profesor UGM dari Fakulti Geografi, Dr. M. Baiquni mengajak orang ramai supaya mengambil berat tentang ancaman krisis makanan pada masa hadapan. Katanya, usaha memenuhi keperluan makanan mempunyai cabaran yang besar.

Pertama ialah pertumbuhan penduduk yang sangat pantas di mana dalam tempoh 250 tahun yang lalu, populasi dunia telah berkembang pesat daripada kurang 1 bilion kepada kira-kira 7.99 bilion.

Dalam usaha menghasilkan makanan, perubahan iklim boleh mengurangkan keupayaan alam untuk menghasilkan makanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI