fbpx

Pekerja bot jatuh dalam laut ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat, Mohdz Razali yang dipercayai terjatuh dari bot tunda ditemui lemas di Jeti Kelapa Right Base, Jalan Minyak Beku, Batu Pahat, Johor semalam.

BATU PAHAT – Seorang pekerja bot tunda ditemui maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Jeti Batu 3, Jalan Minyak Beku dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kehilangan mangsa, Mohd. Razali Abd. Halim, 24, disedari oleh rakan sekerjanya kira-kira pukul 6 pagi sebelum gerakan mencari dilakukan oleh mereka.

Katanya, selepas hampir 12 jam pencarian dilakukan namun gagal menemui mangsa, satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dilakukan pada pukul 7 malam sebelum gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan.

“Bagaimana pun, pencarian yang dilakukan di sekitar kawasan perairan berkenaan dihentikan kerana hari sudah malam dan gerakan disambung semula pada hari ini.

“Mangsa kemudiannya ditemui terapung kira-kira 400 meter dari lokasi dilaporkan jatuh iaitu di Jeti Kelapa Right Base pada pukul 12.45 tengah hari tadi,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat.

“Kes di diklasfikasikan sebagai Kematian Mengejut,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI