fbpx

Lelaki lemas dihanyutkan kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa lemas kepala air di Burmese Pool, Taiping ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi kejadian hari ini./ FOTO IHSAN BOMBA PERAK

TAIPING – Kegembiraan lima sekawan mandi-manda bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas dihanyutkan kepala air di Air Terjun Burmese Pool di Bukit Larut di sini pada petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, lima sekawan yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita mengunjungi Burmese Pool untuk beriadah pada pukul sekitar 3.50 petang semalam.

“Kurang dari sejam berada di sana, hujan mula turun menyebabkan kesemua mereka bersiap-sedia untuk meninggalkan lokasi dan mangsa, S. Jeremy Anthony, 28, telah dilihat oleh rakan mereka menyeberang sungai untuk mengambil beg galasnya.

“Ketika mangsa hendak berpatah balik menyeberang sungai, mangsa tergelincir dan pada masa sama kepala air yang deras dari arah hulu sungai telah menghanyutkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Osman, usaha mencari mangsa telah dilakukan sejak petang hingga pukul 8 malam semalam, namun mangsa gagal ditemui.

“Usaha pencarian mangsa diteruskan pada pukul 8 pagi hari ini dengan kekuatan seramai 25 anggota termasuk pegawai dari PDRM dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping.

“Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam air di kawasan Sungai Batu Teguh iaitu kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian pada sekitar pukul 10 pagi, “katanya

Tambahnya, pemeriksaan fizikal ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kecederaan pada hidung dan tiada unsur-unsur jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI