fbpx

51,944 jawatan kosong di Johor belum diisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz menerima cenderahati daripada Mohammed Azman selepas mengadakan pertemuan membincangkan kebajikan pekerja di Johor.

JOHOR BAHRU – Ketidakpadanan dalam permintaan pekerjaan menyebabkan 51,944 kekosongan jawatan yang belum diisi di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah itu melebihi daripada 34,278 orang yang pencari kerja di Johor.

“Kita maklum, mungkin terdapat banyak ketidakpadanan dalam permintaan pekerjaan. Oleh itu, kerajaan negeri sedang meneliti isu ini dan akan melibatkan kesemua pemegang taruh dalam satu sesi libat urus bagi mendapatkan penyelesaiannya.

“Selain memberikan keyakinan lebih kepada para pelabur, rakyat Johor juga boleh memanfaatkan peluang pekerjaan yang dikenalpasti, terutamanya dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Terdahulu, Onn Hafiz mengadakan pertemuan bersama Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed membincangkan mengenai kebajikan pekerja dan peluang pekerjaan di Johor.

Onn Hafiz berkata, terdapat juga cadangan agar pusat-pusat khidmat dalam negeri ini dijadikan ‘satellite center’ Perkeso.

Katanya, pusat terbabit akan menjadi tempat sehenti di mana para majikan boleh melakukan temu duga dan suai kenal dengan tenaga kerja yang berpotensi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI