fbpx

Top Glove masih kukuh meskipun berdepan cabaran dalam aliran menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Top Glove mendapat manfaat daripada penyusutan nilai ringgit baru-baru ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengurangan pegangan  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pengeluar sarung tangan terbesar dunia, Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) baru-baru ini kepada kurang lima peratus telah menyebabkan saham Kumpulan itu jatuh kepada 83 sen sesaham pada hari dagangan terakhir minggu lalu.

Jumaat lalu saham  Top Glove ditutup pada RM0.83, turun RM0.01 dengan 41.48 juta saham diniagakan,  berbanding sebelum Covid-19 pada 30 Disember 2019, harga sahamnya  adalah RM4.75.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM, Wan Mohd. Farid Wan Zakaria berkata, pelaksanaan tersebut telah menyebabkan saham Top Glove berada dalam kategori kurang nilai.

Menurut beliau, kedudukan saham Top Glove kini tidak mendapat penarafan yang sepatutnya apa tah lagi untuk harga yang berpatutan.

“Meskipun saham Kumpulan itu dinilai rendah tetapi pulangan jangka panjang ke atas sahamnya berkemungkinan jauh lebih tinggi daripada pertumbuhan perniagaannya, yang mana ia mempunyai purata 25.9 peratus dalam tempoh lima tahun lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Menyokong kepada faktor tersebut, MIDF Research dalam kajiannya juga menyatakan bahawa  peralihan ekonomi global ke tahap endemik kini telah menyebabkan Top Glove mengalami tempoh peralihan akibat ketidakseimbangan bekalan permintaan.

Sehubungan  permintaan sarung tangan semasa dan ketidakseimbangan bekalan itu, MIDF menyatakan bahawa Top Glove telah menangguhkan beberapa rancangan pengembangannya.

Sementara itu, Wan Mohd. Farid menerangkan, Top Glove kini tidak melancarkan sebarang projek pembesaran mega pada tahun kewangan 2020, ketika harga sarung tangan tinggi.

 Strategi itu telah membolehkan Top Glove mengelakkan perbelanjaan pengembangan yang tidak perlu dan mengekalkan kos pada tahap minimum pada masa sukar.

“Banyak syarikat sarung tangan peringkat kedua dan ketiga yang lebih kecil dijangka tidak dapat  bertahan dalam aliran menurun ini.

“Bagaimanapun, Top Glove adalah pemain terbaik dunia dalam industri dan syarikat itudijangka mendapat manfaat paling banyak selepas syarikat sarung tangan yang lebih kecil ini keluar dari industri sarung tangan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menerangkan, faktor kelemahan ringgit menyusut sekitar 10 peratus  dalam tempoh 12 bulan lalu telah memanfaatkan Top Glove kerana semua produk mereka dieksport dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Top Glove telah mencatat keuntungan selama 10 tahun dan sepanjang 12 bulan lalu, syarikat memperoleh hasil sebanyak RM3.6 bilion dan pendapatan RM0.792 sesaham.

“Margin operasinya adalah 58.18 peratus yang mempunyai kedudukan lebih baik daripada 99 peratus syarikat dalam industri peranti dan instrumen perubatan,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI