PENGGUNA media sosial yang mengalami gangguan jiwa lebih percaya bomoh kerana mendakwa mereka terkena sihir. – GAMBAR HIASAN

Pesakit jiwa kacau lebih rela jumpa bomoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Kebanyakan pesakit gangguan jiwa lebih cende­rung untuk berjumpa bomoh atau pengamal perubatan tradisional daripada doktor kerana percaya mereka terkena sihir.

Pakar Perunding Psikiatri dan Psikologi Pusat Perubatan Kedah, Dr. Wan Mohd. Rushidi Wan Mahmud berkata, ramai pesakitnya mendapatkan rawatan daripada bomoh terlebih dahulu kerana percaya telah terkena buatan orang atau saka.

“Antara simptom gangguan jiwa ini adalah resah, gelisah, susah tidur, tak tenang, rasa panas dalam badan dan bila jumpa bomoh, dia beritahu terkena buatan orang.

“Ia langsung tidak betul ke­rana sebenarnya mereka menghidap masalah gangguan jiwa,” katanya.

Menurut Wan Mohd. Rushidi, ada bomoh mendakwa boleh membuat imbasan pada badan untuk mengesan masalah hingga memaksa pesakit membayar ratusan ringgit.

Tambahnya, ada juga yang melakukan ‘doctor shopping’ apabila merasakan diri me­ngalami penyakit serius selepas mengalami simptom-simptom tertentu.

“Antara gejala kecelaruan kebimbangan adalah serangan panik, tangan atau kaki berasa sejuk dan kebas, sukar untuk bertenang, jantung berdegup laju, sesak nafas, mulut ke­ring, otot berasa ketat, pening, masalah tidur dan sentiasa rasa terancam.

“Jadi, mereka ini akan bertukar-tukar doktor untuk mencari punca penyakit yang dialami dan biasanya akan dikatakan me­ngalami masalah angin, gastrik, gerd dan saraf,” jelasnya.

Ujarnya, kebiasaannya doktor psikiatri akan menjadi tempat terakhir kepada penghidap gangguan jiwa itu selepas disahkan tidak mengalami penyakit lain.

“Ada juga yang enggan me­nemui doktor psikiatri kerana me­nganggap ia tempat untuk me­rawat orang gila,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN