fbpx

Subsidi elektrik RM5.8 bilion untuk Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan menanggung subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi membolehkan Keluarga Malaysia terus menikmati bekalan itu pada tarif berpatutan meskipun kos penjanaan bahan api terbabit berdepan kenaikan.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan membayar sejumlah RM5.8 bilion kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan syarikat itu tidak terkesan kenaikan mendadak harga bahan api untuk penjanaan elektrik selaras dengan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR).

“Susulan kenaikan mendadak harga bahan api dunia pada tahun ini, kerajaan pada 24 Jun 2022 telah memutuskan untuk mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua 2022 pada kadar yang sama dengan separuh tahun pertama 2022.

“Pada awal tahun 2021, harga arang batu adalah sekitar USD80 satu tan metrik, namun pada pertengahan tahun 2022, ianya telah mencecah USD400 satu tan metrik,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan juga akan memberi jaminan ke atas pembiayaan TNB sehingga RM6 bilion untuk memastikan operasi TNB menjana bekalan elektrik tidak terganggu sekali gus memangkin kemampanan industri tenaga negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI